SOO XIN TIAN
Kemahiran belajar merupakan teknik yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran . Teknik ini perlu mengembangkan kepada bakal murid untuk membantu mereka belajar dengan lebih berkesan . Melali teknik ini , murid dapat mengetahui kelemahan dan kekuatan mereka dalam pembelajaran . Menurut Sabri Samad pada tahun 2003 ,
kemahiran belajar ialah prinsip , teori umum dan kaedah tertentu yang dapat
melipatgandakan keberkesanan belajar . Kemahiran
belajar boleh didefinisikan sebagai keupayaan , kecekapan atau kebolehan
seseorang mendapatkan ilmu pengetahuan .
Haroid Pashier pada tahun 2009 dalam buku Learning Styles : Concepts and
Evidence berpendapat bahawa kemahiran belajar ( learning styles ) bermaksud
adalah cara yang paling efektif bagi pelajar belajar . Pada abad ke-21 , kemahiran belajar disebut
sebagai 4C , iaitu pemikiran kritis ( critice ) , pemikiran kreatif ( creative
) , kemahiran berkomunikasi ( communication ) dan kemahiran kerkolaborasi ( collaboration
) . Kemahiran belajar melibatkan
beberapa kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar. Menurut Modul OUM HBML 2203 pada tahun 2009 ,
kemahiran belajar adalah kaedah sistematik dan teratur untuk memperoleh dan
memproses maklumat . Kemahiran belajar
adalah satu proses tindakan seseorang untuk mendapatkan perubahan tingkah laku
yang baru secara keseluruhan . Ini juga
merupakan proses di mana seseorang itu memproses maklumat yang diperoleh dan
membawa kepada perubahan atau peningkatan tingkah laku seta melibatkan
seseorang itu memproses maklumat yang diperolehi dan membawa kepada perubahan
atau peningkatan pengetahuan , kebolehan dan kemahiran . Cara belajar yang berkesan sebenarnya
merupakan satu kombinasi berbagai strategi dan kemahiran belajar. Setiap cara dan kemahiran adalah berguna dan
sesuai dengan konteks, suasana, masa dan tempat yang tertentu. Sebagai contohnya sesetengah pelajar akan
belajar secara meggunakan kaedah penghafalan dalam teknik pembelajarannya
seterusnya memerlukan pelaksanaan latih tubi yang berterusan . Hal ini dapat
membantu pelajar itu mempunyai ingatan yang mendalam agar tidak mudah lupa
maklumat-maklumat yang sudah diingati .
Terdapat beberapa kepentingan dan faedah yang diperolehi oleh pelajar
yang dapat menguasai kemhiran belajar .
Antaranya ialah pelajar mendapatkan ilmu secara sistematik dan bermakna
dengan mudah . Ini kerana pelajar telah
menguasai kemahiran belajar dan mereka dapat mengetahui cara untuk belajar
dengan lebih berkesan . Selain itu ,
pelajar dapat memupuk minat dan amalan suka belajar dan sentiasa meningkatkan
pengetahuan dan daya intelek sepanjang hayat .
Mereka dapat memupuk disiplin dalam diri sendiri . Mereka dapat mengaturkan masa mereka dengan
cara yang baik supaya mereka dapat belajar dan juga bersenam . Dengan menguasai kemahiran belajar , pelajar
dapat membaca dengan cepat dan tepat serta mengumpul maklumat dengan cekap
. Penguasaan kemahiran Belajar Cara
Belajar amat penting bagi pelajar terutamanya pengajaran dan pembelajaran
(P&P) dalam kelas. Hal ini menyebabkan pelajar juga mendapat ilmu
pengetahuan yang terhad. Oleh yang
demikian, pelajar perlulah menguasai dan memahami teknik belajar cara belajar
agar dapat memperoleh maklumat tambahan dan menigkatkan prestasi mereka daln
sesuatu pembelajaran. Kesimpulannya,
Kemahiran Belajar adalah satu proses tindakan seseorang untuk mendapatkan
perubahan tingkah laku yang baru secara keseluruhan. Dalam kemahiran belajar ini, hanya beberapa
maklumat penting sahaja yang masuk ke dalam minda dan disimpan dalam memori.
Hal ini dapat mengelakkan daripada seseorang itu terlupa akan maklumat yang
penting. Dalam usaha untuk mendapat
kejayaan akademik , kajian lalu telah menegaskan bahaa seseorang pelajar perlu
menitikberatkan gaya pembelajaran dan kemahiran belajaran kerana kemahiran ini
amat berguna untuk mengurangkan masalah belajar .
Persekitaran pembelajaran di IPG
Persekitaran pembelajaran di IPG
THAM YI TING
IPG dikenali sebagai Institut pendidikan Guru yang
melatih bakal guru yang terdiri daripada para pelajar lepasan SPM. Persekitaran
dan pembelajaran di IPG adalah jauh berbeza dengan situasi dulu kita berada di
sekolah menengah. Ipg telah mengamalkan budaya ilmu yang berbentuk pembelajaran
sepanjang hayat. Pelajar di IPG sentiasa digalakkan supaya banyak membaca bagi
menimba ilmu pengetahuan yang lagi banyak dari pelbagai segi seperti ilmu
pengetahuan dalam bidang sains, sejarah dan isu semasa negara Malaysia. Banyak
aktiviti telah dilancarkan di dalam IPG bagi memupuk amalam pembelajaran
sepanjang hayat dalam kalangan pelajar. Program membaca buku telah
diperkenalkan dalam kalangan pelajar bagi mendorong mereka supaya sentiasa
membaca pada masa lapang. Para pelajar yang berada di persekitaran IPG dibentuk
dengan berilmu pengetahuan luas, mendalam dan terkini(syumul). Suasana di IPG
berobjektif untuk melahirkan bakal guru yang menguasai, mencetus, mengembang, dan
berkongsi ilmu. Bukan sahaja daripada aspek tersebut, mereka juga dibentuk
supaya sentiasa menjana, mencetus, mengembang, dan menyumbang ilmu kepada yang
lain. Para pelajar didorong supaya mengamalkan
penyelidikan dalam budaya memperolehi sesuatu ilmu yang baru.
Seseorang
pendidik perlu sentiasa mengamalkan sifat kepimpinan dalam diri mereka. IPG merupakan
sebuah persekitaran pembelajaran yang amat sesuai dalam mendorong sifat
kepimpinan di antara kalangan para bakal guru. Bakal guru di IPG dilatih supaya
mempunyai kebolehan membuat keputusan sendiri yang betul tanpa bergantung
kepada orang lain dengan sentiasa mengamalkan pemikiran reflektif. Pemikiran
relektif sentiasa kenal pasti dengan jelas dan tepat tentang masalah yang
dihadapi sebelum mendapatkan cara penyelesaian bagi sesuatu masalah yang
dihadapi. Kaji dan analisis akan dibuat dahulu sebelum sesuatu keputusan
dibuat. Bakal guru turut akan dilatih agar mempunyai idea-idea yang bernas,
bermotivasi tinggi untuk menggerakkan perubahan dan berupaya menyelesaikan
masalah yang dihadapi. Sifat-sifat yang dinyatakan seperti sifat bermotivasi
tinggi untuk menggerakkan perubahan amat penting dalam mendidik anak bangsa
pada masa yang akan datang. Hal ini demikian kerana tahap pendidikan akan menjadi
semakin tinggi pada masa yang akan datang, para guru perlu mempunyai idea-idea
yang bernas serta berupaya menyelesaikan masalah bagi menghadapi cabaran besar
dalam bidang pendidikan pada masa yang akan datang. Budaya kepimpinan yang
dibentuk dalam kalangan bakal guru juga membimbing warga IPG kea rah pengurusan
kendiri yang berkesan.
Selain
daripada mendorong budaya kepimpinan, IPG juga membentuk budaya ahklak dan
moral di dalam kalangan pelajar. Pelajar dipupuk supaya sentiasa bersyukur
dengan apa yang diberi daripada tuhan. Mereka dinasihati supaya sentiasa
merendah diri dan tidak pandang rendah terhadap sesiapa pun yang lemah daripada
mereka. Walaupun berasal daripada golongan karya atau miskinpun, setiap orang
juga berhak untuk dihormati oleh orang lain. Kehormatan harus diberi kepada
setiap orang tanpa berpandu kepada tahap kedudukan golongan tersebut. Di
samping penuh dengan akhlak dan moral, bakal guru juga dibentuk dengan
penerapan budaya penyayang ke dalam diri
mereka. Sayang akan diri, keluarga dan masyarakat merupakan salah satu cara
mengamalkan budaya penyayang pada diri sendiri. Jika seseorang tersebut itu sayang
akan diri dan elakkan daripada sebarang yang menjatuhkan maruh diri, maka ia
baru akan sayang pada warga dan organisasi, alam sekitar, negara dan juga
profesion dirinya. Guru penyayang akan membantu dalam pembentukan insan murid
yang berkembang secara seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani.
Pembelajaran
Regulasi Kendiri
TOR
PHI YANG
Pada era globalisasi ini, pendidikan
adalah amat penting dan juga dikenali sebagai pelaburan awal pembangunan modal
insan seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia ke- 9 (Permata Negara,
2009). Pada pendapat saya, pembelajaran regulasi
kendiri berkait rapat dengan penentuan matlamat pembelajaran seseorang tanpa
bergantung kepada orang lain. Pendekatan pembelajaran juga dapat dikaji dan
dinilai. Mereka juga dapat mendapat pemahaman secara lebih mendalam mengenai
sesuatu yang melibatkan daya usaha mereka.
Menurut teori sosial dan kognitif, proses
pembelajaran regulasi terbahagi kepada tujuh elemen. Antaranya ialah motivasi
kendiri yang meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Kualiti kendiri yang
tinggi akan memberi kesan positif kepada mereka dalam menyelesaikan tugasan
yang diberikan dengan berjaya disebabkan tahap kebolehan yang tinggi. Secara
tidak langsungnya motivasi tersebut akan wujud dalam diri individu tanpa
bergantung kepada ganjaran atau peneguran. Selain itu, perancangan masa juga
merupakan salah satu elemennya. Hal ini demikian kerana pelajar dapat menyusun
atur dan menetapkan masa yang digunakan untuk menyiapkan tugasan serta dapat
mengelakkan pembaziran masa daripada berlaku. Dengan ini masa juga dapat
digunakan dengan lebih efisien.
Elemen seterusnya ialah pengawalan
tumpuan semasa waktu pembelajaran. Pelajar harus menumpukan sepenuh perhatian untuk
mengelakkan diri daripada berfikir perkara yang tidak berkaitan dengan
pembelajaran dan mengawal emosi sendiri supaya tidak diganggu ketika waktu
pembelajaran. Di samping itu, aplikasi strategi pembelajaran juga haruslah diaplikasikan,
pelajar membuat pilihan dan menggunakan langkah yang betul untuk memahami apa
yang dipelajari. Setiap pelajar mempunyai cara strategi pembelajaran yang
berbeza untuk mencapai matlamat tertentu yang diingini. Contohnya, cara mereka membaca
novel adalah berbeza ketika untuk peperiksaan atau hiburan.
Seterusnya, matlamat haruslah ditetapkan supaya mengetuai matlamat
yang ingin dicapai ketika proses pembelajaran. Contohnya, pelajar berhasrat
untuk tahu dan memahami dengan teliti mengenai fakta supaya dapat membantu
mereka dalam peperiksaan. Selain itu, pemantauan kendiri perlu dilakukan untuk
memerhati perkembangan dalam pencapaian matlamat. Pelajar tersebut haruslah
mempertimbangkan untuk memodifikasi matlamat ataupun mengubah strategi
pembelajaran yang baru. Penilaian kendiri merupakan sesi yang terakhir untuk
menentukan sama ada apa yang dingingati dan dipelajari ketika proses
pembelajaran adalah mencukupi dalam mencapai matlamat yang sudah ditetapkan.
Selain itu, menurut Barry Zimmerman
(1989), terdapat tiga jenis aspek umum akademik dalam pembelajaran regulasi
kendiri. Antaranya ialah kawalan akhlak kendiri, kawalan motivasi kendiri dan
kawalan strategi kendiri yang membawa maksud pelajar selain daripada perlu
mempunyai pemikiran yang positif, motivasi juga harus sentiasa ada dalam diri pelajar
dan strategi pembelajaran juga adalah amat penting untuk mencapai misi
tersebut. Untuk mencapai pembelajaran regulasi kendiri, pelajar perlu mempunyai
gaya pembelajran akses kendiri terdahulu yang melibatkan bahan, bimbingan,
cara, tempat dan tempoh belajar diakses oleh pelajar dalam satu program.
Pelajar haruslah memilih aktiviti pembelajaran sendiri berdasarkan kepada bahan
pembelajaran dan sentiasa memerhati perkembangan diri sendiri supaya pelajar
mempunyai kualiti kendiri dan berdikari atas pembelajaran mereka.
Sebagai kesimpulannya, pembelajaran
regulasi kendiri hanya akan diaplikasikan dengan berkesan sekiranya pelajar
sentiasa terlibat secara aktif dalam memodifikasi pengetahuan yang sedia ada
menjadi yang baru. Pintrich (1995) berpendapat bahawa pembelajaran regulasi
kendiri membawa maksud objektif pembelajaran akan dicapai apabila seseorang itu
belajar secara sendiri.
No comments:
Post a Comment